Monday 30 January 2012

Cerita pasal Bunyamin.

Bunyamin benci bila orang panggil dia "Bun". Itu nama kampung bagi dia. Lebih elok "Daniel" atau "Adam" bagi dia. Itu citarasa Bunyamin. Tapi, atoknya Tok Senik lah yang selalu memanggil dia dengan nama "Bun". Benci sungguh dengan atoknya tu. Tok Senik biasa2 saja, bukan jenis brader2. Tok Senik seorang pesawah, tentulah baunya seperti bau kerbau dan lumpur. Kadang2 bau minyak. Ada sekali bau tungkik. Makin menyirap Bunyamin dengan Tok Senik.


Tapi hari itu, Bunyamin terasa dirinya seperti seorang pesawah. Dia berada di padang ketika itu. Adat orang bandar. Bendang di panggilnya padang. Ditegakkan kolar baju nya sambil memandang jauh ke bendang. HEEEEEmmmmmmmmmmmmm......... Bunyamin menarik nafas menelan udara asli bumi. "Ohok! Ohok! Ohok! Hak Tui!....... Tahi! Bau Tahi!"


Bunyamin tercium bau Tok Senik dan itu lah bau bumi. Merah padam muka Bunyamin menahan marah. Darah tingginya mencanak-canak naik. Jantungnya terasa seperti hendak meletup, dan marahnya semakin membuak-buak. "Fuck this!" Ah sudah, cakap omputeh pulak si badigol ni,kata si empunya cerita. "Fuck this, fuck you and all your fucking friends and family.” bebel Bunyamin seorang diri sambil menepuk bahunya yang gatal digigit nyamuk. Nasib baik bukan gigitan si Charlie.


Sebenarnya, Bunyamin sampai ke sini pun secara tidak sengaja. Dia berhajat makan daging kuda di sebuah restoran "Selera Rimba" di Sg. Panjang, Selangor. Disebabkan Bunyamin jarang2 memandu sendiri, Bunyamin terlajak sampai ke Alor Setar. Mungkin Bunyamin kurang pandai membaca paparan pada GPS. Mungkin juga, Cruise CtPS pegeluar GPS yang dibeli Bunyamin adalah kroni kepada Dato' Dr. Ng Yen Yen.


Dengan sut Itali dan BMW nya, scene di bendang itu kelihatan lain daripada biasa. Seninya tampak kontra. Bunyamin bukan ambil kesah pun hal2 kontra ini. Yang dia tahu, dia kurang senang dengan bau "tahi" bumi, dan bau kepam kakinya sendiri.


Hahahahahaha....Bunyamin tergelak memikirkan hal yang menimpa dirinya hari itu. Kahkahkahkahkahkah makin kuat gelak Bunyamin sambil dia masuk ke dalam kereta. Dibukanya kasut kulit yang dipakainya ketika itu. Kemudian, selamba dilambungnya Forzieri yang berharga 300 dollar itu, jatuh ke dalam parit. Forzieri kelihatan lebih selesa berada di situ berbanding ketika dipakai Bunyamin."That fucker will never call me Bun again,” kata Bunyamin sambil dia menyarong kakinya dengan kasut tennis berjenama Nike.

Bunyamin tersengih sambil memandu pulang ke rumah lewat petang itu. Kali ini GPS nya bersuara memberi arahan jalan pulang ke rumahnya di Damansara Heights. Bunyamin senyum pada chashier stesyen minyak dengan senyuman gampang. Di situ, Bunyamin ingin mengisi minyak keretanya dan membeli 5 kotak rokok Dunhill. Menghabiskan 5 kotak dalam sehari dapat menenangkan jiwa, fikir Bunyamin.

"U mau ada apa lagi ka kawan?" chashier Hindu itu bertanya.

"Kawan? Nama i Daniel, and I’m not your fucking kawan. Nothing else, kawan.” kata Bunyamin menganjing si chashier Hindu.

Terkejut dan menggigil si Hindu. Bukan main suka lagi Bunyamin pada kuasa yang ada padanya sebentar tadi.

"Ye ye yes yes, sir, thank you, sir," jawab si Hindu dengan lembut sambil mengerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

Bunyamin merasakan dirinya telah menang.

Sekurang-kurangnya dia merasakan dirinya telah menang pada hari itu.

Friday 9 September 2011

Jalan-jalan

Gua pun jalan2 dalam bilik sampai tak tau nak buat apa gua pun tulis blog, pprruuuiiittt.